Tuesday, August 8, 2017

TANAH AIR YANG TERGADAI

TANAH AIR YANG TERGADAI
.
Perjanjian Bangkok 1909...108 tahun dulu banyak Tanah Melayu terlepas kepada Siam.
Kelantan hilang Tak Bai,  Kedah hilang Satun, Pulau Tarutao dan Wilayah Sadao, Perlis hilang Wilayah Pujo.
1965.....kita kehilangan Singapura.
2008.....kita kehilangan Pulau Batu Puteh
2011.....kita kehilangan Stesen KTM, Tanjong Pagar
Dan sekarang kita tidak hilang tanah kerana politik ataupun kerana perang...tapi kita jual.
Jual tanah sendiri ibaratkan kita menjual maruah bangsa kita.
Kita jual tanah TUDM Sg.Besi....
Kita jual tanah atas alasan pembangunan di Forest City... hak kekal.
Kita jual syarikat dan aset strategik negara kepada negara asing.
Kali ini kita dipaksa untuk menjual syarikat automotif nasional yang kita bangunkan daripada keringat dan darah anak bangsa kita...jual kepada bangsa asing... mungkin China.
Katanya kepentingan Proton di Tanjung Malim.
Dan untuk makluman Proton Tanjung Malim ada 1,500 ekar tanah di Proton City milik Proton.
Betullah kata orang...kita menumpang di tanah sendiri.
Teringat kisah saudara Palestinkita... walaupun ditawarkan cek kosong, untuk diisikan sendiri jumlah yang mereka mahu, tidak sekali tanah sekangkang kera mereka lepaskan kepada Israel.
Tapi kita...??
Tahukah..?
Pemimpin muslim terakhir di Andalusia (Sepanyol), Abdillah Muhammad Al Ahmar, keluar dari istana kerajaan dengan hina. Pada malam itu, Andalusia telah jatuh ke tangan kerajaan Katolik setelah berada di bawah kekuasaan Islam selama lebih dari 800 tahun. Dia tinggalkan istana dengan hati yang pilu. Dadanya sesak.
Sebaik sampai di sebuah bukit yang cukup tinggi, dari sana ia memandang Istana Al Hambra. Dia menangis tersedu-sedu hingga janggutnya basah kuyup dengan air mata. 
Melihat hal itu, ibunya berkata, "Menangislah! Menangislah seperti perempuan! Kerana kau tidak mampu menjaga kerajaanmu seperti laki-laki perkasa!"
Kekuasaan Islam berakhir di Andalusia. Sejak itu, belum pernah bangkit lagi kecemerlangan itu. Umat Islam di sana diberi pilihan; Masuk Kristian, dibunuh atau diusir.
Tahu apa penyebab jatuhnya Andalusia ?
1. Cinta dunia
2. Meninggalkan dakwah dan jihad
3. Bergelumang dengan perkara-perkara dosa
4. Menyerahkan urusan bukan pada ahlinya
5. Jahil agama
Bayangkan jika negara kita nanti telah jatuh total ke tangan orang kafir, ketika itu barulah pemuda-pemuda Islam akan menangis... dan ibu2 mereka berkata,
"Menangislah seperti perempuan! engkau tidak menjaga negara ini sebagaimana seorang laki2 perkasa!"
Maka bersiaplah wahai pemuda Islam.
Pelajari baik-baik 5 faktor di atas. Ambillah iktibar. Jangan lagi leka dengan seronok dunia; game, lepak, FB yang sia-sia, suka buang masa tanpa aktiviti yang berguna, selesa dengan bantuan orang lain dan sebagainya... Faktor kejatuhan itu akan berulang & selalu sama.
Wahai ibu & ayah bendunglah anak-anak mudamu, bentuklah mereka, bantulah mereka menjadi muslim mukmin yang berguna.
Wahai ibu, wahai ayah, wahai anak-anak muda, Jika kamu tidak dapat menjadi garam yang dapat menjaga daging, jangan pula menjadi ulat yg merosakkannya.
Kalau kamu tidak dapat menjadi pejuang, jangan pula menjadi pengkhianat (penipu, pencuri, perasuah, pemecah amanah, penagih dan sebagainya)
Wallahul musta'an

#kongsi laa ya, saham akhirat... walaupun kita dah meninggal tapi orang2 lain share@ambil pengajaran dari kisah ni, kita tetap peroleh pahala.
Mudahnya Aqiqah @ warongKoboi
Koboi Roast Lamb
BEST in TOWN

No comments:

Post a Comment