Jangan Kena Tipu !!!
Pengguna perlu bijak membezakan antara daging kambing dan biri-biri
supaya mereka tidak terikat dengan stigma bahawa semua kambing mengandungi
lemak yang tinggi.
Kambing tidak sama dengan
biri-biri. Panggilan ‘kambing biri-biri’ itu adalah sebutan tempatan bagi
biri-biri sahaja. Namun rupa dua jenis ternakan itu hampir sama. Yang
membezakannya adalah pada nama, ciri-ciri ekor, istilah untuk daging serta
kandungan lemak dan kolesterol.
Ekor kambing berdiri hampir
tegak, tetapi ekor biri-biri terkulai seperti ekor lembu.
Daging kambing dalam bahasa
Inggeris ialah chevon. Daging biri-biri diberi nama mutton.
Istilah lamb ialah untuk biri-biri yang disembelih
pada umur muda.
Daging kambing mempunyai
kandungan kolesterol dan lemak yang terendah di kalangan ternakan ruminan iaitu
biri-biri, lembu dan kerbau.
Penjualan daging kambing
khususnya daging kambing Boer masih tidak ketara di pasar raya. Yang biasa
kelihatan di pasar raya ialah daging biri-biri dengan harga yang jauh lebih
rendah dari daging kambing.
Sebab itu daging biri-biri
menjadi pilihan pengusaha makanan, hotel dan restoran berbanding daging
kambing.
Sama ada disedari atau
tidak, ramai pengusaha makana, hotel dan restoran melabelkan lauk biri-biri
mereka sebagai lauk kambing dalam bahasa Melayu tetapi menggunakan label mutton dalam bahasa Inggeris.
Maka tidak hairanlah jika
masih ramai rakyat Malaysia memberi persepsi salah yang daging kambing
mempunyai banyak lemak.
Beberapa pasar raya masih
tidak menandakan daging kambing dengan tepat.
Pengunjung pasar raya dan
pembaca akhbar harian boleh terkeliru kerana istilah ‘mutton’ diterjemahkan
kepada ‘daging kambing’ oleh beberapa pasar raya besar pada rak-rak jualan dan
pada iklan-iklan dalam akhbar harian tempatan.
Kesilapan tersebut boleh
membawa tindak balas negatif bagi promosi makan daging kambing kerana apabila
dimasak mutton (yang disangka sebagai daging kambing)
kelihatanlah kehadiran lemak yang nyata.
Faktanya ialah daging
kambing telah terbukti secara saintifik mempunyai kandungan lemak yang lebih
rendah berbanding daging biri-biri.
Kambing baka komersial yang
dibawa masuk ke negara ini sebelum dan selepas kemerdekaan banyak melambangkan
pengaruh kolonial iaitu Inggeris.
Pengaruh Inggeris terbukti
dengan kemasukan baka-baka kambing Eropah yang berbadan lebih besar dari baka
Katjang iaitu baka tempatan.
Antara baka-baka kambing
Eropah ini ialah Toggenburg, British Alpine dan Anglo Nubian.
Baka Jamnapari pula dibawa
masuk dari sebuah lagi koloni Inggeris, iaitu India.
Pada hakikatnya ternakan
dari negara bermusim seperti Eropah terdedah kepada tegasan haba dan menjadi
kurang produktif bawah sistem-sistem tradisional berbanding dengan baka
Katjang.
Sistem tradisional yang
kekal sehingga ke hari ini ialah peliharaan secara lepas bebas tanpa makanan
tambahan yang bermutu seperti dedak dan sistem bertambat pada kawasan lapangan
berumput seperti di dusun dan di tepi tali air.
Kelembapan yang tinggi dan
suhu yang panas iklim tropika adalah persekitaran yang sesuai bagi pembiakan
parasit seperti cacing dan kutu.
Jangkitan cacing tanpa
segera dirawat mudah menyebabkan kematian kepada baka-baka import berbanding
dengan baka Katjang yang lebih lasak.
Alternatif terbaik bagi
meningkatkan daya ketahanan dan produktiviti ternakan ialah menghasilkan
kacukan dengan cara mengkahwinkan baka tempatan (Katjang) dengan baka berbadan
lebih besar dari luar negara.
Laporan bancian pada tahun
1979 menyatakan 84 peratus dari kambing di Malaysia adalah dari baka Katjang.
Selebihnya adalah kambing kacukan.
Kesedaran mengenai potensi
membangunkan kambing kacukan tempatan telah mendorong kepada penyelidikan dalam
aspek pembiakbakaan kambing.
Pada awal tahun 80-an
kajian pembiakbakaan kambing dipergiatkan dengan penglibatan Institut
Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di Serdang dan Institut
Haiwan Kluang, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).
Usaha kacukan ditumpukan
kepada penggunaan baka yang diimport seperti Jamnapari, Anglo Nubian dan
Saanen. Baka-baka tersebut dikahwinkan dengan baka Katjang bagi mengekalkan
ciri lasak dan kadar lahir kembar yang merupakan kekuatan pada baka Katjang.
Baka Katjang dan kacukan
berasaskan Katjang berjaya mempelbagaikan harga pasaran kambing mengikut
kemampuan pembeli.
Pasaran bagi kambing hidup
berkait rapat dengan amalan keagamaan seperti akikah.
Bagi tujuan akikah, umur
kambing perlu melepasi dua tahun. Pembeli bermanfaat kerana boleh memilih dari
kambing jantan bersaiz kecil sehingga yang bersaiz sederhana besar.
Untuk tujuan akikah atau
korban, kambing baka Katjang boleh dibeli dengan harga serendah RM350.
Bagi mereka yang
berkemampuan, kambing kacukan berasaskan baka Katjang untuk tujuan akikah atau
korban pula dibeli dengan harga antara RM500 dan RM800.
Kajian saintifik telah
membuktikan kandungan kolesterol dan lemak pada daging kambing adalah lebih
rendah dari daging biri-biri, lebih-lebih lagi apabila sembelih pada umur
kurang dari setahun.
Kandungan lemak pada daging
kambing adalah antara dua dan tiga peratus sahaja.
Daging biri-biri pula
mengandungi lemak antara 12 ke 13 peratus.
Ini bertambah jelas dengan
tiadanya lemak pada keratan daging kambing.
Di sebaliknya, pada keratan
daging biri-biri lapisan-lapisan lemak yang tebal amat ketara.
Oleh yang demikian fobia
atau ketakutan untuk makan daging kambing adalah tidak berasas jika dikaitkan
dengan kandungan lemak.
Adalah tidak rasional juga
dikaitkan daging kambing dengan penyakit darah tinggi kerana kandungan lemak
yang rendah ini.
Bulu kambing jantan dewasa
biasanya berbau hamis.
Bagaimanapun, kambing
jantan muda tidak berbau hamis.
Daging kambing dewasa tidak
akan berbau hamis jika penyembelihan dilakukan berpandu kepada kaedah yang
betul atau mengikut petua atau amalan tradisional.
Teknologi terkini mampu
menyahkan tisu yang menghasilkan bau hamis pada kambing jantan melalui prosidur
yang dinamakan de-odorising yang
dilakukan pada peringkat anak.
Cara demikian dapat
memastikan aroma hamis tidak terdapat dalam kandang kambing.
Kemasukan baka Boer ke
Malaysia telah membuka era baru dalam bentuk pasaran daging kambing muda.
Baka Boer, yang berasal
dari Afrika Selatan, kini terdapat dengan banyaknya di Australia. Baka ini
adalah sesuai dengan iklim Tropika.
Sebaiknya kambing diberi
peluang bersenam sedemikian ketika cuaca tidak hujan selama dua hingga empat
jam sehari.
Berat kambing Boer jantan
berumur dua tahun berpotensi mencapai sehingga 100 kilogram.
Berat sedemikian boleh
diterjemahkan kepada harga jualan hidup melebihi RM1,500 bagi tujuan akikah dan
korban iaitu bersamaan dengan harga seekor lembu baka tempatan.
Kambing kacukan berasaskan
Boer pula mempunyai berat badan sekurang-kurangnya 50 kg.
Kambing Boer adalah
alternatif yang baik bagi tujuan akikah dan korban kerana kepadatan daging yang
tertinggi berbanding dengan baka kambing lain.
Susuk badan yang besar pada
baka Boer diterjemahkan kepada anak yang lebih berat ketika kelahiran dan kadar
pembesaran yang cepat.
Pengurusan yang baik dapat
menghasilkan berat lahir anak melebihi 3 kg dan melampaui berat 10 kg ketika
berumur satu bulan.
Kambing Boer boleh
disembelih seawal-awalnya pada umur lima dan enam bulan ketika berat badan
sekitar 50 kg.
Credit : Profesor Madya Dr. Azhar Kasim ialahTimbalan Pengarah Unit Pembangunan Keusahawanan dan Jalinan Industri Pusat Pengembangan, Keusahawanan dan Pemajuan Profesional (APEEC) UPM
P L A N A W A L
JANGAN TUNGGU LAGI TEMPAH
SEKARANG ATAU SEBARANG
PERTANYAAN HUBUNGI KAMI DAN
ANDA SEDIA DI BANTU
(Call | Wasapps | PM | WeChat )
SEKARANG ATAU SEBARANG
PERTANYAAN HUBUNGI KAMI DAN
ANDA SEDIA DI BANTU
(Call | Wasapps | PM | WeChat )
012-2318436
KakShila
No comments:
Post a Comment