Sunday, May 14, 2017

KAMBING BAKAR LEMBUT & JUICY

Daging Kambing Panggang Berbau, Liat, Kurang Masak atau Terlampau Masak

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Penerangan yang saya berikan ini adalah hasil analisis pemantauan dan pengalaman sendiri.
Daging Kambing Panggang Berbau

Kambing panggang akan berbau jika kambing hidup tidak disembelih, dilapah dengan betul serta tidak dipanggang sekurang kurangnya tiga-suku masak atau disimpan terlalu lama sebelum dimakan. Bagi kambing frozen ia akan berlaku juga jika langkah-langkah tersebut tidak dilakukan dengan betul. Perhatian perlu diberikan pada bahagian leher kambing dan peha belakang.


Daging Kambing Panggang Liat

Ianya berlaku disebabkanproses penyediaan yang tidak betul dan salah dalam menghasilkan/membuat cebisan daging sebelum dimakan. Daging kambing panggang hendaklah dihiris/slice selapis demi selapis hingga ke tulang dan bukannya dipotong/cut. Pisau yang betul perlu digunakan bagi menghiris lapisan daging dan bukannya pisau memotong. Daging kambing panggang juga akan liat dan rentung jika dipanggang atau digrill dengan api yang terlalu marak. kambing yang terlalu tua juga tidak sesuai untuk dipanggang dan dimasak.Kambing yang sesuai dipanggang ialah dari jenis kambing boer yang berumur 10bulan hingga 1tahun setengah.Manakala semua jenis bebiri yang berumur 8bulan hingga 2tahun sesuai dipanggang.


Daging Kambing Kurang Masak atau Terlampau Masak.

Daging akan kurang masak jika tiada bara yang cukup atau api terlalu kecil dan  digrill terlalu jauh dari bara/api. Ini biasa juga terjadi jika ia tidak digolek dengan betul semasa dipanggang.Perhatian perlu diberikan kepada bahagian kambing yang tebal isinya seperti di leher dan pehanya. Daging kambing akan menjadi liat,rentung dibahagian  tulang rangka jika api yang digunakan terlalu besar dan marak,terlalu dekat dengan bara dan dipanggang/digrill terlalu lama.


Pihak kami akan memastikan perkara diatas tidak berlaku semasa proses memanggang bagi menjaga kualiti dan nama baik syarikat. Bagaimanapun kami tidak dapat mengawal dan memastikan perkara tersebut berlaku jika pelanggan kami memilih untuk memanggang sendiri. Penting untuk anda memanggang, mengrill, menghiris serta menyimpan daging kambing panggang dengan cara yang betul serta tidak terlalu lama sebelum memakannya.


P L A N  A W A L
JANGAN TUNGGU LAGI TEMPAH

SEKARANG ATAU SEBARANG

PERTANYAAN HUBUNGI KAMI DAN

ANDA SEDIA DI BANTU



(Call | Wasapps | PM | WeChat )
012-2588436 chefRy
Klik here untuk Tempahan & Info
http://www.wasap.my/60122318436/Nak!%20nak%20tahu%20tentang%20kambing%20aqiqah


No comments:

Post a Comment