PENGERTIAN
‘AQIQAH
‘Aqiqah ialah sembelihan binatang an‘am yang
dilakukan kerana menyambut kanak-kanak yang baru dilahirkan sebagai tanda
kesyukuran kepada Allah subhanahu wata‘ala.
HUKUM
MELAKUKAN ‘AQIQAH
Hukum melakukan ‘aqiqah ialah sunnah mu’akkadah bagi
orang yang menanggung sara hidup kanak-kanak tersebut. Jika anak itu lelaki
disunatkan menyembelih dua ekor kambing, manakala jika anak itu perempuan
disunatkan menyembelih seekor kambing. Binatang seperti lembu, kerbau atau
unta boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian.
WAKTU PELAKSANAAN ‘AQIQAH
Waktu melakukan ‘aqiqah adalah dari hari kelahiran
kanak-kanak itu sehinggalah ia baligh. Masa yang paling afdhal untuk
melakukan ‘aqiqah adalah pada hari ketujuh kelahiran kanak-kanak
tersebut.
Sabda Rasullullah sallallahu ‘alayhi wasallam:
كُلُّ غُلاَمٍ رَهِيْنَةٌ بِعَقِيْقَتِهِ تُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ
سَابِعِهِ , وَيُحْلَقُ وَيُسَمَّى .
Maksudnya: "Setiap bayi itu tergadai dengan ‘aqiqahnya. Disembelih untuknya pada hari ketujuh dan dicukur kepalanya dan diberi nama." (Riwayat Abu Daud)
SYARAT ‘AQIQAH
Berniat ‘aqiqah ketika menyembelih.
Hendaklah binatang tersebut tidak ada cacat yang boleh
mengurangkan dagingnya serta sampai umur.
PERKARA SUNAT SEMASA ‘AQIQAH
Berdoa semasa hendak menyembelih:
بِسْمِ اللهِ ، اَللهُ أَكْبَرُ ، اَللَّهُمَّ هَذَا مِنْكَ وَإِلَيْكَ عَقِيْقَةٌ ... (sebut nama anak) Maksudnya: "Dengan nama Allah, Allah Maha Besar. Ya Allah, binatang ini daripada-Mu dan kembali kepada-Mu, ini ‘aqiqah…".
Menyembelih ketika matahari sedang naik.
Daging ‘aqiqah dimasak terlebih dahulu sebelum
disedekahkan.
Tidak mematah-matahkan tulang-tulang daripada binatang
‘aqiqah, hanya mencerai-ceraikan sendi-sendinya.
Menyedekahkan daging ‘aqiqah kepada fakir miskin.
Memasak daging ‘aqiqah dengan cara gulai manis untuk
dihidangkan kepada tetamu.
PERKARA YANG PERLU
DILAKUKAN KETIKA MENYAMBUT KELAHIRAN ANAK
Mengazankan di telinga sebelah kanan anak yang baru lahir.
Membaca iqamah di telinga sebelah kirinya.
Membaca doa di kedua-dua belah telinganya, contohnya
membaca surah Al-Ikhlas.
Menyapu lelangit kanak-kanak tersebut dengan benda-benda
yang manis seperti buah tamar atau pisang.
Menamakan kanak-kanak tersebut dengan nama-nama yang baik
pada hari ketujuh kelahirannya.
Mengadakan jamuan dan doa kesyukuran sempena kelahirannya.
Mencukur rambut kanak-kanak tersebut selepas menyembelih
‘aqiqah untuknya.
Memberi sedekah emas atau perak seberat rambut kanak-kanak
yang dicukur itu atau wang yang sama nilai dengan emas atau perak
tersebut.
Menyedekahkan daging ‘aqiqah kepada fakir miskin.
HIKMAH ‘AQIQAH
‘Aqiqah mengandungi beberapa hikmah, antaranya:
Sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah kerana telah
mengurniakan anak.
Untuk mengisytiharkan kepada masyarakat umum tentang
anugerah yang dikurniakan oleh Allah.
Untuk memulakan kehidupan anak dengan perkara-perkara
kebaikan.
Mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli-ahli
masyarakat dengan keluarga yang dikurniakan anak.
Melahirkan rasa kegembiraan kerana mendapat zuriat yang
menepati sunnah Rasulullah.
Perbezaan antara ‘aqiqah dan qurban.
Terdapat beberapa perbezaan antara ‘aqiqah dengan
qurban:
‘Aqiqah tidak terikat pada masa tertentu, sedangkan qurban
dilakukan pada masa-masa tertentu, iaitu selepas sembahyang dan khutbah Hari
Raya ‘Aidil Adha hingga 13 Zulhijjah.
Daging ‘aqiqah boleh diberi milik kepada orang kaya
manakala daging qurban hanya boleh diberi kepada fakir miskin.
‘Aqiqah dilakukan sempena menyambut kelahiran anak sebagai
tanda kesyukuran kepada Allah, manakala qurban dilakukan kerana memperingati
peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Isma‘il.
Daging qurban sunat disedekahkan secara mentah, sedangkan
daging ‘aqiqah sunat disedekahkan setelah dimasak.
DAPATKAN PAKEJ SUPER JIMAT
DAN SUPER LENGKAP BAGI MAJLIS AQIQAH ANAK ANDA.
HUBUNGI KAMI UNTUK SEBARANG
TEMPAHAN DAN PERTANYAAN..
TALIAN KAMI DIBUKA 24JAM
UNTUK MEMUDAHKAN ANDA
012-2318436
(Call | Wasapps | PM | WeChat )
012-2588436 chefRy
Klik here untuk
Tempahan & Info
Nota Kaki :- Perkhidmatan Katering dan Kambing Panggang
adalah dimiliki sepenuhnya oleh Syarikat kami dan Kami TIDAK MENGGUNAKAN PIHAK
KETIGA untuk menguruskan setiap tempahan. Oleh itu setiap tempahan diuruskan
sepenuhnya oleh pihak kami.
|
Monday, May 15, 2017
PANDUAN AQIQAH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment